Monday, September 15, 2008

Muhasabah Diri Di Kala Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua,

Cerita Nabi Ibrahim a.s.

Siapakah yang patut disembah?

Suatu ketika, Seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s. mengapa baginda tidak menyembah api seperti yang dilakukan oleh orang-orang lain pada zaman itu. Jawab Nabi Ibrahim a.s, "Bukankah air dapat memadamkan api?"

Raja : Kalau begitu mengapa engkau tidak menyembah air? Nabi Ibrahim a.s : Bukankah awan yang mangandungnya lebih kuat?
Raja : Ji
ka demikian, sembahlah awan!
Nabi Ibrahim a.s : Angin yang mengiring dan menolaknya lebih kuat lagi.
Raja : Kalau demikian, engkau sembahlah angin!
Nabi Ibrahim
a.s : Ketahuilah bahawa manusia yang menghembus dan menyedutnya
lebih kuat daripada angin.
Tetapi manusia pun lemah, kerana it
u yang wajar disembah adalah
yang menciptakan semua itu, Pencipta langit dan bumi serta segala
isinya.

(Dipetik dari, Mastika : Disember 2006)

Monday, September 8, 2008

Toman Penarik


Salam buat fishermans,

Penarik, Terengganu merupakan salah satu spot memancing tempatan yang sesuai untuk pemancing kelas kitaorang je...situ je yang kitaorang mampu untuk pergi, kalau nak pergi ke spot yang international tak mampu nyo den...pancing dio sajo hargo boribu. Tak makan boraih den kalau ikutkan ati.....tak pe lah ada jugak spot untuk orang mcm kitaorang ni...kos pun tak melampau sangat sekadar penuhkan minyak kereta terus shoot ke situ...lepas geram sedap tangan dah le..

Spot ni dah jadi pengkalan LKIM



Toman penarik

Sunday, September 7, 2008

Suatu Masa Dahulu


Bersama Pawang Laut (Joran Berita Harian)

Menunda alu-alu di kepulauan Langkawi memang Pak Lah(Pawang Laut) punya speciality.
Gerenti boleh punya. boleh katakan kalau balik rempah cabai tak marah lah.....Pak Lah ni memang orang lama di Langkawi. Memang dia tau selok belok, spot-spot di sekitar kepulauan Langkawi ni. lama dah Master tak contact Pak Lah...ada skali ari tu Master ada ajak Pak Lah keluar mengail tapi disebabkan kekangan masa dan tersilap tarikh tak jadi lah pulak master pergi ngan Pak Lah....mohon bebanyak maap lah atas penat lelah Pak Lah menyediakan umpan dan semua kelengkapan perang ari tu.....mungkin ada kelapangan kita akan bertandang menduga perairan Langkawi skali lagi....

Salam buat rakan-rakan setia di Langkawi spt UNCLE DERIS(alu-alu sportfishing centre Langkawi), EN RAHIM(farmasi teratai), Shahrin(maxis) DLL

No tel master :- (014-8250780)

KELAH VS SELAYANG

Salam buat semua fishermans,
Salam untuk semua kawan-kawan,

Ada satu teka teki yang berbunyi begini;

Bila atas tarik bawah sakit
Bila bawah tarik atas sedap
Apa dia?

Saya pun terfikir juga sejenak untuk menyelesaikan teka-teki ini, sehinggakan saya terpaksa bertanya kepada rakan-rakan. Padahal jawapannya terdapat pada diri saya sendiri iaitu satu hobi yang tidak dapat tidak saya akan lakukan walaupun terpaksa bangun awal pagi dek dipelawa oleh rakan-rakan untuk bersama-sama memenuhi kehendak saya sendiri dan mereka. Hobi itu tidak lain tidak bukan adalah memancing. Baiklah rakan-rakan seketika nanti sekiranyanya ada masa terluang saya akan menceritakan pengalaman saya bagaimana IKAN KELAH makan umpan hirisan ikan selayang. Semoga bertemu dilain masa. Salam dunia salam flora dan fauna.

Memang Master terkedu kehairanan kelah makan umpan hirisan selayang.......biasanya Master guna sawit peram saja......tapi kali ini Master memang terkejut beruk lah.....

Moto "Amalkan Catch and Release"