Sunday, November 16, 2008

Lagi Experiential learning






Master makan isi kelapa muda sebab lapar sangat. Bila kita lapar secara aotumatik kita akan balik kepada nature method. Kalau tak buat macam tu nak buat macam mana lagi ni angkara cekodok masin dah habis. Gambar sebelah tu Nasir and the gang tengah ngorat Italian. Hak yang dok cekak pinggang tu Abang Nan, kalau tak ada dia ni tak meriah program, ada dia ceria sepanjang masa roncon mat leron hantu Tok Jeton. Habis satu Malaysia kena ngan dia termasuk Dr. Din. Yang tengah pakai mask tu Fetty. Sebab jadi fogging macam tu biasanya Abg Nan kata kita pilih mask yang tak padan ngan muka kita. Jadi padan ngan muka Fetty kerana tak pandai pilih mask. Ha...tu yang dok dalam air pakai dry suit hitam tu Abang Bob dia skin dive kat kedalaman 5 kaki jer...kat tempat dalam dia takut..huahuahua

Sunday, November 9, 2008

Pembelajaran melalui pengalaman (Experiential Learning)



















Pusing pulau












Assalamualaikum,

Master banyak belajar sesuatu perkara melalui pengalaman (experiences). Master percaya setiap dari kita banyak belajar melalui pengalaman. Pembelajaran melalui pengalaman adalah satu kaedah pembelajaran yang sangat meninggalkan kesan kepada setiap individu. Kaedah ini telah dipelopori oleh seorang bangsa Amerika bernama David A.Kolb (1939) seorang profesor di dalam bidang akademik. Model Kolb ini juga dipadankan dengan beberapa ahli falsafah lain seperti John Dewey, Jean Piaget dan Kurt Lewin dan lain-lain penulis yang berkait rapat dengan paradigma pembelajaran melalui pengalaman. Kolb dan Ron Fry telah mengasaskan "The Experiential Learning Model" diawal tahun 70an yang mana model ini terdiri dari empat unsur iaitu:

a) pengalaman konkrit
b) pemerhatian dan refleksi terhadap pengalaman tersebut
c) membina konsep abstrak berdasarkan refleksi
d) menguji konsep yang baru dibina

Keempat-empat unsur ini adalah asas kepada perkembangan pembelajaran individu yang boleh bermula dengan salah satu dari empat unsur tersebut, tetapi selalunya ia bermula dengan pengalaman konkrit.

Tahniah kepada pelajar-pelajar Master dan rakan-rakan yang telah berjaya menjalani Program Eksplorasi Taman Laut Malaysia 2008 pada 24 hingga 26 Julai yang lalu. Pengalaman yang telah dilalui oleh semua pelajar-pelajar semasa berada di Taman Laut Malaysia Pulau Redang Terengganu merupakan satu pembelajaran secara tidak formal dan melalui pengalaman ini pelajar perlu adaptasikannya bagi memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan.

Bak kata Albert Hubbard

'Educator is a person who can make a single word become large, a small thing become big"