Salam buat semua fishermans,
Salam untuk semua kawan-kawan,
Ada satu teka teki yang berbunyi begini;
Bila atas tarik bawah sakit
Bila bawah tarik atas sedap
Apa dia?
Saya pun terfikir juga sejenak untuk menyelesaikan teka-teki ini, sehinggakan saya terpaksa bertanya kepada rakan-rakan. Padahal jawapannya terdapat pada diri saya sendiri iaitu satu hobi yang tidak dapat tidak saya akan lakukan walaupun terpaksa bangun awal pagi dek dipelawa oleh rakan-rakan untuk bersama-sama memenuhi kehendak saya sendiri dan mereka. Hobi itu tidak lain tidak bukan adalah memancing. Baiklah rakan-rakan seketika nanti sekiranyanya ada masa terluang saya akan menceritakan pengalaman saya bagaimana IKAN KELAH makan umpan hirisan ikan selayang. Semoga bertemu dilain masa. Salam dunia salam flora dan fauna.
Memang Master terkedu kehairanan kelah makan umpan hirisan selayang.......biasanya Master guna sawit peram saja......tapi kali ini Master memang terkejut beruk lah.....
Sunday, September 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment