Thursday, March 21, 2019
I'M BACK
It was such a long time since we've move back to our hometown, master and family. They said that "Are you hanging your hat now?". No thinking! Jerry said to Lynne, one of my mentor during the "Native Speaker" program. How honor to have both of you. Special thanks to the couple and I have no idea where they are now?. Back to my hometown and our lovely home and siblings around us, it seemed to be easy living in your own place they said, actually it wasn't that so easy. I found that our life a little bit harder and quite numbers of challenge. Building and struggling with life here needed you to sacrifice you physical and emotion. Both ran along together.....
Sunday, February 2, 2014
Saturday, July 18, 2009
Durian oh Durian
Musim durian dah kembali...durian oh durian...panas pulak la badan kali ni...makan durian sehari 18 kali...kalau rase tak cukup kita tambah lagi...kawan-kawan banyak dah yang datang makan durian...master cadangkan puak2 tu makan durian ada satu tempat tu nama dia BAONG...durian baong memang terkenal..masuk ni dah lima trip ambil durian baong penuh boot kereta...terima kasih la pada kawan2 kerana sudi melawat tempat master ni. entah bila pulak la boleh kawan2 datang kat daerah ni pulak...master tunggu je kat sini...kalau ada yang sudi datang, jangan lupa hubungi master boleh la kite buat aktiviti apa yang ada semasa kat sini.
Tuesday, April 7, 2009
English Language Effective Teaching
Salam...to all, today I have just came back from an English Course on Effective Teaching arranged by The Terengganu Educational Department. It was a day course actually, but there's a few input on what to do with teaching English for the primary school pupils. Briefing that given by En Aminuddin, En Rosli, Pn Lailisun and 2 others speakers and the organizer was fantastic. Thank you and what a pleasure to have a short course since many English teacher were thirst on extra input in teaching todays pupils. Actually this course was planned for the new comers but for the seniors it was good to gather us back in one roof so that we could shared the ideas and information.
Sunday, November 16, 2008
Lagi Experiential learning
Master makan isi kelapa muda sebab lapar sangat. Bila kita lapar secara aotumatik kita akan balik kepada nature method. Kalau tak buat macam tu nak buat macam mana lagi ni angkara cekodok masin dah habis. Gambar sebelah tu Nasir and the gang tengah ngorat Italian. Hak yang dok cekak pinggang tu Abang Nan, kalau tak ada dia ni tak meriah program, ada dia ceria sepanjang masa roncon mat leron hantu Tok Jeton. Habis satu Malaysia kena ngan dia termasuk Dr. Din. Yang tengah pakai mask tu Fetty. Sebab jadi fogging macam tu biasanya Abg Nan kata kita pilih mask yang tak padan ngan muka kita. Jadi padan ngan muka Fetty kerana tak pandai pilih mask. Ha...tu yang dok dalam air pakai dry suit hitam tu Abang Bob dia skin dive kat kedalaman 5 kaki jer...kat tempat dalam dia takut..huahuahua
Sunday, November 9, 2008
Pembelajaran melalui pengalaman (Experiential Learning)
Pusing pulau
Assalamualaikum,
Master banyak belajar sesuatu perkara melalui pengalaman (experiences). Master percaya setiap dari kita banyak belajar melalui pengalaman. Pembelajaran melalui pengalaman adalah satu kaedah pembelajaran yang sangat meninggalkan kesan kepada setiap individu. Kaedah ini telah dipelopori oleh seorang bangsa Amerika bernama David A.Kolb (1939) seorang profesor di dalam bidang akademik. Model Kolb ini juga dipadankan dengan beberapa ahli falsafah lain seperti John Dewey, Jean Piaget dan Kurt Lewin dan lain-lain penulis yang berkait rapat dengan paradigma pembelajaran melalui pengalaman. Kolb dan Ron Fry telah mengasaskan "The Experiential Learning Model" diawal tahun 70an yang mana model ini terdiri dari empat unsur iaitu:
a) pengalaman konkrit
b) pemerhatian dan refleksi terhadap pengalaman tersebut
c) membina konsep abstrak berdasarkan refleksi
d) menguji konsep yang baru dibina
Keempat-empat unsur ini adalah asas kepada perkembangan pembelajaran individu yang boleh bermula dengan salah satu dari empat unsur tersebut, tetapi selalunya ia bermula dengan pengalaman konkrit.
Tahniah kepada pelajar-pelajar Master dan rakan-rakan yang telah berjaya menjalani Program Eksplorasi Taman Laut Malaysia 2008 pada 24 hingga 26 Julai yang lalu. Pengalaman yang telah dilalui oleh semua pelajar-pelajar semasa berada di Taman Laut Malaysia Pulau Redang Terengganu merupakan satu pembelajaran secara tidak formal dan melalui pengalaman ini pelajar perlu adaptasikannya bagi memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan.
Bak kata Albert Hubbard
'Educator is a person who can make a single word become large, a small thing become big"
Monday, September 15, 2008
Muhasabah Diri Di Kala Ramadhan
Salam Ramadhan buat semua,
Cerita Nabi Ibrahim a.s.
Siapakah yang patut disembah?
Suatu ketika, Seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s. mengapa baginda tidak menyembah api seperti yang dilakukan oleh orang-orang lain pada zaman itu. Jawab Nabi Ibrahim a.s, "Bukankah air dapat memadamkan api?"
Raja : Kalau begitu mengapa engkau tidak menyembah air? Nabi Ibrahim a.s : Bukankah awan yang mangandungnya lebih kuat?
Raja : Jika demikian, sembahlah awan!
Nabi Ibrahim a.s : Angin yang mengiring dan menolaknya lebih kuat lagi.
Raja : Kalau demikian, engkau sembahlah angin!
Nabi Ibrahim a.s : Ketahuilah bahawa manusia yang menghembus dan menyedutnya
lebih kuat daripada angin.
Tetapi manusia pun lemah, kerana itu yang wajar disembah adalah
yang menciptakan semua itu, Pencipta langit dan bumi serta segala
isinya.
Cerita Nabi Ibrahim a.s.
Siapakah yang patut disembah?
Suatu ketika, Seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s. mengapa baginda tidak menyembah api seperti yang dilakukan oleh orang-orang lain pada zaman itu. Jawab Nabi Ibrahim a.s, "Bukankah air dapat memadamkan api?"
Raja : Kalau begitu mengapa engkau tidak menyembah air? Nabi Ibrahim a.s : Bukankah awan yang mangandungnya lebih kuat?
Raja : Jika demikian, sembahlah awan!
Nabi Ibrahim a.s : Angin yang mengiring dan menolaknya lebih kuat lagi.
Raja : Kalau demikian, engkau sembahlah angin!
Nabi Ibrahim a.s : Ketahuilah bahawa manusia yang menghembus dan menyedutnya
lebih kuat daripada angin.
Tetapi manusia pun lemah, kerana itu yang wajar disembah adalah
yang menciptakan semua itu, Pencipta langit dan bumi serta segala
isinya.
(Dipetik dari, Mastika : Disember 2006)
Subscribe to:
Posts (Atom)